Ahad, 8 Ogos 2010

Kpr5063 Powerpoint

Check out this SlideShare Presentation:
http://www.slideshare.net/lizasallis/kpr5063-powerpoint-4926334

Sallis & Liza KPR 5063 E Blogspotter: TUGASAN 1

http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article34.pdf

TUGASAN 1

ULASAN KAJIAN TINDAKAN

Kami telah memilih kajian tindakan yang dilakukan oleh Rozita Ngah Mohamed dan Zaliza Md Zali berkenaan untuk meningkatkan kemahiran menjawab soalan esei Sejarah kertas 2 SPM. Tajuk kajian ini diperolehi daripada http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article.pdf


Kajian ini dapat dikaitkan dengan Model Kurt Lewin yang mana menunjukkan penambahbaikan yang berterusan dalam pembelajaran mengenai apa yang dikaji. Menurut model ini, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mengenalpasti idea atau masalah yang ingin dikaji. Melalui jurnal kajian tindakan yang diperolehi, masalah yang dikenalpasti oleh pengkaji ialah para pelajar didapati tidak menguasai tema, tidak menguasai teknik menjawab soalan dengan tepat dan sikap para pelajar yang malas membaca. Kegagalan para pelajar menguasai tema menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan esei mengikut kehendak soalan. Pengkaji telah memilih seramai 30 orang pelajar dari tingkatan 5 Harapan SMK Convent Jln Peel, Kuala Lumpur. Kelas ini merupakan kelas yang terdiri daripada para pelajar yang mendapat pencapaian sederhana bagi setiap matapelajaran termasuk Sejarah.

Oleh yang demikian, pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen kajian sebagai perancangan pelan tindakan sepertimana yang dinyatakan dalam model. Antaranya ialah soal selidik, ujian pra dan ujian pasca. Bagi pelaksanakan tindakan, pengkaji mengedarkan borang soal selidik yang terdapat 6 item soalan yang perlu dijawab oleh responden dalam masa 10 minit. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan data awal bagi kajian mereka. Pengkaji seterusnya melakukan ujian pra yang terdiri daripada 1 soalan esei yang perlu dijawab dalam masa 25 minit. Hasil kajian, pengkaji mendapati seramai 23 (76.6%) orang pelajar gagal, yang bermakna hampir keseluruhan pelajar tidak dapat menjawab soalan esei dengan tepat kerana tidak menguasai tema.

Selepas itu, pengkaji melakukan ujian pasca yang mana ujian ini dilaksanakan selepas pendedahan tentang kemahiran menguasai tema. Pendedahan bermula dengan guru menerangkan tajuk yang dipelajari. Berpandukan buku teks, guru menyebut tema-tema atau kata kunci dan meminta pelajar menggariskannya. Kemudian beberapa pelajar diminta untuk menghuraikan fakta berdasarkan tema atau kata kunci yang diberikan. Dalam kerja kumpulan pelajar diberi tugasan untuk membincangkan jawapan dengan menggunakan kemahiran yang telah didedahkan. Pelajar membentangkan hasil perbincangan dan guru akan memberi ulasan dan rumusan diakhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji mendapati seramai 22 (73.3%) orang pelajar telah lulus berbanding hanya 8 oarang sahaja yang lulus semasa ujian pra.

Kesimpulan daripada kajian yang dilakukan, pengkaji mendapati kajian yang dilakukan kepada pelajar-pelajar tersebut menunjukkan hasil yang positif. Hal ini kerana, kemahiran pelajar menguasai tema dapat ditingkatkan dan sekaligus membantu pelajar menjawab soalan esei dengan baik. Justeru itu, pengkaji melihat bahawa kajian ini dapat memberi kesedaran kepada guru-guru tentang masalah yang dihadapi oleh para pelajar dalam menjawab soalan esei Sejarah. Oleh yang demikian, pengkaji mengharapkan guru-guru perlulah memberi penekanan dan pendedahan kepada para pelajar mereka tentang kemahiran menguasai tema bagi tajuk-tajuk yang dipelajari. Melalui pendedahan tersebut, para pelajar mempunyai inisiatif untuk membaca dan seterusnya dapat menguasai tema dan membantu mereka menjawab mengikut kehendak soalan dengan tepat.






Rabu, 28 Julai 2010

Tujuan blog ini di hasilkan adalah untuk berkongsi hasil kajian tindakan bersama pelajar DPLI 2010/2011. Kursus KPR5063 iaitu Kajian Tindakan Dalam pendidikan yang di bimbing oleh Prof Madya Dr Haji Abdul Latif Bin Haji Gapor.